BUKIT MERTAJAM: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sempat memandu sebuah kereta sejauh empat kilometer sebelum dia dan rakannya ditahan polis dalam kejadian di sini, kelmarin.
Sebelum ditahan polis, suspek yang turut ditemani ibunya berusia 40-an memandu kereta di Jalan Rozhan, dekat sini, jam 3 petang sebelum gelagatnya dilihat orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.
Gelagat remaja berkenaan memandu kereta turut dirakam orang awam dan videonya dikongsikan dalam aplikasi WhatsApp dan kemudiannya tular.
Susulan video berdurasi 32 saat itu, polis menahan ramaja tersebut bersama ibu dan rakannya berusia 13 tahun yang juga penumpang kereta tersebut.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata pihaknya mengeluarkan saman ke atas remaja tersebut mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-dua sekali.
Saman turut dikeluarkan mengikut Seksyen 39(1) APJ kerana memandu di bawah umur dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali.
Menurut Cheng San, saman turut dikeluarkan kepada pemilik kereta iaitu ibu suspek mengikut Seksyen 39(5) akta sama kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan.
Selain itu, kereta dipandu remaja tersebut turut disita dan polis turut mengesan rakan suspek yang lain untuk siasatan lanjut.
Zulfa Mohamad
Thu Jun 01 2023
Gelagat remaja berkenaan memandu kereta turut dirakam orang awam dan videonya dikongsikan dalam aplikasi WhatsApp dan kemudiannya tular. - Foto ihsan pembaca
Facebook sasar lebih ramai pengguna muda, syor perkongsian 'feed' berasaskan AI
Selari dengannya, Facebook kini menyatakan akan meningkatkan lagi fokus platform berkenaan kepada pengguna muda.
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
PDT Gombak berkata tindakan pengusiran dan perobohan yang dibuat adalah berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi DELIMa - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis.
OKU dipukul: Teo sokong titah Tunku Mahkota Ismail
Teo berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong
Usaha itu termasuk memperkenalkan pakej pelancongan baharu dan program menarik yang memberi impak kepada semua pemain industri di Melaka.
Jegathesan harap Mohd Azeem, Shereen lakukan 'pecutan' ke Olimpik
Katanya, mereka tiada pilihan lain atau terpaksa akur dengan keputusan hanya seorang sahaja bakal diterbangkan ke Paris menerusi slot wildcard.
KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Ia satu usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital bagi memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Polis tahan remaja lelaki 13 tahun pandu kereta tanpa lesen
Seorang ramaja lelaki berusia 13 tahun sempat memandu sebuah kereta sejauh empat kilometer sebelum dia dan rakannya ditahan polis, kelmarin.
Kertas siasatan kanak-kanak enam tahun pandu kereta sudah lengkap
Kertas siasatan kejadian kanak-kanak enam tahun yang dipercayai memandu kereta milik di Langkawi sudah lengkap.
Budak 6 tahun pandu kereta: Polis selesai ambil keterangan ibu bapa
Polis selesai merekodkan keterangan ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia enam tahun bersama adiknya yang curi keluar dari rumah dan memandu kereta.
Merajuk tak dibelikan Lamborghini, kanak-kanak 5 tahun tekad pandu kereta masuk lebuh raya
Polis menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang membawa kenderaan milik ibunya secara berseorangan dipercayai dalam perjalanan untuk membeli Lamborghini.